Proses pembelian rumah xperlulah saya nak terangkan. Okay sekarang saya cuma nak share insiden yang terjadi semasa proses pembelian itu sedang dilakukan. Setelah siap semua prosedur pinjaman, SnP dah ditandatangani, proses tebus hutang daripada 'bank' tuan rumah sedia ada akan dilakukan oleh pihak 'lawyer'.
'Once' dah tebus hutang, maka pembeli akan dapat surat untuk mula menjelaskan pinjaman dari bank peminjam.
Tapi adakah pembeli rumah tersebut sudah diberikan kunci rumah tersebut?
Situasi 1
Rumah tersebut kosong.
Kemungkinan owner asal akan memberikan kunci rumah tersebut kepada pembeli setelah pinjaman diluluskan.
Situasi 2
Rumah berpenghuni.
Kemungkinan owner asal memberikan kunci setelah semua baki wang hasil daripada harga rumah tersebut diterima oleh pemilik rumah.
Jika situasi 1, anda mungkin beruntung. Manakal jika situasi 2 terjadi apakah tindakan yang perlu diambil, sedangkan anda telah mula membayar pinjaman perumahan tesebut. Sedangkan penjual,masih menetap di rumah tersebut dan menunggu baki WANG nya.
Eaya rasakan adalah, pembeli terpaksa membayar pinjaman rumah tersebut sehingga penjual dapat kesemua wangnya daripada pihak bank. Pembelu akan rasa teraniaya kerana pinjaman telah mula dibayar tetapi masih belum boleh memerima kunci rumah tersebut. Maknaya penjual duduk di rumah tu secara FREE sehingga dapat duitnya.
Jadi, kesimpulanya adalah pembeli seharusnya berbincang betul2 dengan penjual tentang penyerahan kunci rumah tersebut.
Sekian.